PERTAMA DI DUNIA RAKYAT MALAYSIA HARUS BANGGA


RASA SAKIT HILANG SERTA MERTA


DIRASUK HANTU BOMOH ORANG ASLI

Seorang wanita muda daripada Shah Alam telah hadir ke PUTERI bersama-sama keluarga dan anak saudaranya untuk mendapatkan rawatan bagi anak saudaranya yang boleh dikatakan orang kurang upaya (OKU) sejak dari kecil bagi memastikan anak saudaranya itu  dapat menguruskan dirinya sendiri apabila dewasa kelak. Apabila selesai sahaja merawat anak saudaranya itu, TIBA-TIBA wanita muda tersebut menangis dengan kuat sambil anak kecil masih lagi berada diatas pangkuan ribanya. Dengan kuat tangisan yang didengar oleh anak kecil yang comel itu membuatkan anak tersebut menangis tanpa henti-henti kerana terkejut semasa dalam pangkuan ibunya.


Setelah beberapa minit berlalu wanita tersebut cuba dirawat dengan dibantu oleh beberapa orang yang hadir turut membantu mengangkat untuk memberikan rawatan segera terhadap wanita muda tersebut. Semasa rawatan diberikan wanita muda tersebut asyik memegang pangkal lehernya seolah-olah seperti kena cekik. Apabila ditanya, suara yang keluar daripada mulut wanita itu kurang jelas dan tidak faham apa yang diperkatakan olehnya. Rawatan diteruskan dengan membaca potongan ayat Al-Quran bertujuan untuk mengusir anasir yang merasuk tubuh wanita tersebut. Secara tiba-tiba, suaranya bertukar menjadi  garau dan kurang jelas seolah-olah meminta sesuatu untuk ditunaikan sebagai habuannya untuk keluar dari tubuh wanita tersebut. Maka setelah hampir setangah jam berlalu, barulah kami sedar dan dapat mengesan puncanya yang disebabkan terkena sihir perbuatan BOMOH orang asli yang telah menganiayai keluarga tersebut sejak sekian lama kerana menyimpan dendam terhadap keluarga tersebut.

Panjang ceritanya mengenai kesah ini tetapi tak dapat nak diuraikan sepenuhnya disini.

Lihat video tersebut dan menilai dengan baik.....



"SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PUNCA DAN PENAWAR KECUALI TUA DAN MAUT"



"MERTABATKAN BAHASA MALAYSIA KE SERATA DUNIA MELALUI RAWATAN PENYAKIT"

 

Make a Free Website with Yola.