Berlatih berzikir mengikut rentak degupan jantung anda, dengan
kalimah Allah keluar masuk ke jantung sehingga tersebar keseluruh tubuh


           







PERTAMA DI DUNIA RAKYAT MALAYSIA HARUS BANGGA

RASA SAKIT HILANG SERTA MERTA

TERKINI DAN MENAKJUBKAN MELALUI TEKNOLOGI AL-QURAN

RAWAT ANDA TANPA UBAT (RATU)

KESANNYA LEBIH PANTAS DARIPADA MEMAKAN UBAT



Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahiah (PUTERI) diasaskan oleh Abdul Rejab bin Ahmad MD, PhD. OIU, Sri Lanka. Kini beliau telah melepaskan jawatannya setelah berkhidmat selama hampir 13 tahun di Bahagian Teknikal di Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Cawangan, Perak. yang terakhir pada 31hb Mac 2009. Selepas meletakkan jawatan kini beliau akan menumpukan perhatian sepenuh masa untuk aktiviti merawat pesakit berbanding sebelum melepaskan jawatan beliau hanya menjalankan aktiviti merawat pesakit hanya secara sambilan disebelah malam selepas waktu bertugas. Pada masa ini beliau telah membuka sebuah PUSAT TERAPI RAWATAN ISLAM di bangunan kedai 4 tingkat di Rawang, Selangor. dan Kini beliau telah mendapatkan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini secara sepenuh masa dan telah beroperasi awal 2010, apabila setelah mendapat tempat untuk membuka Pusat ini dengan rasminya dan beliau akan melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang bagi menumpukan perhatian terhadap ramai pesakit yang perlu dibantu merawat melalui kaedah terkini, kerana mereka telah lama menderita dan merana akibat berbagai-bagai punca penyakit.

Pada tanggal 18 Disember 2008, sebagai pengasas (PUTERI) beliau berasa terpanggil untuk membantu jutaan pesakit yang telah teraniaya dan berusaha untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit yang masih sukar mendapat kesembuhan yang sempurna kerana tidak dapat mencari punca sebenar penyakit tersebut. Kesakitan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa teraniaya ini pada keseluruhannya secara sedar atau tidak sedar sebab berlakunya berpunca dari hasad dengki, terkena ilmu hitam/sihir dan gangguan makhluk halus apabila seseorang tersebut berada dalam keadaan yang tidak stabil/lemah atau sedang sakit.

Berbekalkan pengalaman yang bertahun-tahun sejak dari tahun 1977 sehingga 2007 beliau telah mengamalkan ilmu ini secara sambilan kerana melibatkan masa yang banyak ditumpukan kepada bidang pekerjaan. Pada awal januari tahun 2005 tanpa mengetahui apa yang berlaku pada beliau ketika itu hanya terbaring diatas katil selama 6 jam berseorang tanpa dapat berbuat apa-apa, tubuh tidak bergerak, mata tertutup hanya hati, akal dan fikiran sahaja dapat digerakkan. Semasa tubuh tidak dapat digerakkan seluruh tubuh berasa dingin dan sejuk ketika itu dan tidak dapat minta bantuan dari sesiapa ketika itu kerana suara juga tidak dapat didengari oleh sesiapa, kebetulan pula ketika kejadian sedang bersendirian kerana yang lain telah keluar awal selepas subuh untuk kesekolah dan bekerja. Sehingga hari ini masih teringat akan keadaan tersebut tetapi tidak dapat memahaminya sehingga kini kenapa keadaan tersebut berlaku masih belum mendapat jawapan yang tepat dan masih lagi tercari-cari.

Dibidang rawatan ini perawat tidak pernah mempelajari dengan sesiapa dan tidak langsung mengetahui selok belok mengenai bidang rawatan ini, apatah lagi untuk membantu kepada yang memerlukan ketika itu. Tanpa disedari pada awal januari 2007 telah diminta oleh kakak sendiri untuk membantu seorang pesakit yang telah hadir untuk mendapatkan rawatan dirumahnya. Kerana seperti biasa suami kakak lah (abg ipar) yang melakukan rawatan terhadap pesakit yang hadir kerumahnya, tetapi ketika itu abang ipar telah berada di penang secara kebetulan sahaja perawat ini telah berada dirumah kakanya dan abang iparnya telah meinta beliau melakukan rawatan tersebut, dengan keadaan serba salah maka perawat telah melakukan rawatan tersebut kepada pesakit dan telah nampak hasilnya dengan ketara selepas rawatan diberikan kepada pesakit dan bermula dari sini lah perawat ini telah ada keyakinan untuk melakukan rawatan walau pun belum cukup mantapdan belum cukup pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perawatan. Pada tahun 2007, beliau telah cuba membantu beberapa orang pesakit secara tidak formal yang mengidap berbagai masalah yang tidak diketahui punca sebenar yang dihidapi mereka. Beliau telah cuba mencari sebab dan punca berlakunya penyakit mereka, serta dapat mengesan puncanya dengan tepat bagi setiap pesakit yang datang menemuinya. Tanpa di duga pelbagai rahsia telah diperolehi secara senyap-senyap selepas rawatan yang pertama dilakukan. Sebelumnya tidak tahu merawat telah mengetahui bagaimana hendak melakukan rawatan kepada pesakit dan sebagainya sehingga pebagai rahsia ditemui menjadikan perawat ini mahir dalam bidang ini dan dapat menceritakan dengan terperinci melalui tulisan yang dipaparkan di laman web ini.

Tidak lupa juga dari mana asalnya ilmu ini diperolehi, kerana tidak menyangka sama sekali setelah membawa apa yang diberikan oleh ayahandanya dapat dimanfaatkan sehingga kini hanya dengan mengambil dan mengamalkan zikir-zikirnya sahaja telah banya membawa kepada perubahan diri yang sangat ketara berlaku kepada perawat ini. Beliau yang telah mewarisi ilmu ini dari keturunan keluarga dari sebelah ayah beliau sendiri, Sebelum itu ilmu yang dipelajari oleh ayahandanya yang dipelajari secara turun temurun daripada Guru Sultan Malik Rifa'e -> Badaruddin Bin Malik -> Hussien Bin Baharuddin -> Ahmad Bin Hussien -> dan terus kepada -> Anakandanya. Dengan meneruskan membawa zikir-zikir yang telah diperolehi dengan sabar dan istiqamah, dengan apa keadaan sekali pun zikirnya tetap dilakukan dalam hati dan berterusan mengikut rentak jantungnya. Dengan melakukan zikir-zikir tersebut dapat membangkitkan NUR HIKMAH yang berada didalam diri sehingga ke tahap yang paling tinggi sehingga dapat berhadapan dengan makhluk halus seperti Iblis, Syaitan, Jin dan Roh Jahat yang suka mengganggu manusia dapat dipatahkan dengan izin Allah swt. Tidak satu pun diantara makhluk halus ini akan diambil menjadi kahdam atau pembantu dalam usaha untuk membantu orang yang memerlukan perkhidmatanya. Seperti mana lafaz ‘SUMPAH’ Iblis kepada Allah SWT apabila beliau enggan sujud seperti mana para malaikat yang lain sujud kepada Nabi Adam AS sebagai tanda penghormatan bukannya menyembah. Namun Iblis tidak mematuhi arahan Allah SWT ini kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia.

Setiap pesakit yang datang berjumpa dengannya pada keseluruhanya telah mendapat kesembuhan yang ketara setelah diberikan rawatan. Teknik dan kaedah yang diterapkan kepada pesakit amat berkesan dapat dilihat dan kelegaannya dirasakan oleh pesakit dengan serta-merta tanpa mengunakan sebarang bahan-bahan yang pelik atau menggunakan herba untuk menyembuhkan penyakit. Mengunakan kaedah terbaru melalui teknologi Al-Quran dangan beristifar, berzikir dan bermunajat kepada Allah swt untuk mohon kesembuhan. Tanpa mengunakan sebarang peralatan yang pelik-pelik atau barangan lama, atau keris lama atau barangan seumpamanya sekiranya mengamalkan sedemikian, yang mengakibatkan pelakunya melakukan perbuatan SYIRIK tanpa disedarinya, dengan beranggapan barangan tersebut mempunyai kuasa. Tanpa mengunakan barangan atau peralatan apa pun, jika kita memohon kepada Allah swt untuk kesembuhan insyallah akan dimakbulkan kena dengan caranya, ini telah terbukti di Pusat ini dengan teknik dan kaedah terkini telah dapat menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit.

Kaedah rawatan untuk pengubatan yang beliau amalkan adalah dengan cara berzikir, istighfar serta berdoa memohon kesembuhan semua jenis penyakit yang hendak di rawatinya, di panjatkan terus kepada Allah swt dengan harapan Allah swt dapat memberikan kesembuhan SERTA-MERTA kepada pesakit. Teknik ini amat berkesan dan berupaya untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit termasuk yang sukar disembuhkan secara saintifik dan termasuk penyakit baru ditemui dan yang belum ada penawar ditemui oleh para saintis dunia.

Kesembuhan setiap penyakit yang dirawat dapat dilihat dengan jelas telah menampakkan perubahan dan keadaan fizikal yang berbeza terhadap pesakit, ini belum pernah lagi diketengahkan oleh mana-mana pihak dan tidak terdapat di mana-mana lagi dipasaran negara ini mahu pun di dunia. Teknik rawatan ini tidak mengambil masa yang panjang bagi merawat sesuatu penyakit itu, sekiranya PUNCA sakit dikesan awal maka masa yang diambil hanya beberapa minit yang diperlukan. KECUALI punyanya sukar diperolehi maka masa yang diambil lebih lama, adakalanya hampir 2 hingga 3 jam untuk merawat seorang pesakit.

Oleh kerana keberkesannya amat menakjubkan maka pada awal 1hb. Januari, 2009 beliau ingin mengetengahkan teknik dan kaedah rawatan ini khusus untuk rakyat Malaysia dan di dunia amnya. Berbagai-bagai penyakit yang ada serata dunia pada waktu ini yang GAGAL oleh para saintis secara total dan berkesan terhadapa penyakit tersebut, dengan pengalaman serta kaedah ini berupaya untuk memulihkan berbagai-bagai jenis penyakit dengan berkesan dan pantas setelah PUNCA sakit sebenar dikenal pasti dengan jelas dan tepat akan dapat merungkai segala kesulitan tersebut.

Teknik terapi rawatan ini hanya mengambil masa yang singkat untuk menyembuhkan penyakit kerana penyakit PEKAK hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk merawatnya setelah puncanya dikenal pasti, begitu juga penyakit BUTA CELIK hanya mengambil waktu yang singkat untuk dipulihkan. Jika dibandingkan dengan teknologi yang serba canggih dan moden ini TIDAK berupaya untuk menandingi kaedah terbaru ini, sebabnya dengan adanya ramai PAKAR-PAKAR saintis masih TIDAK berupaya menyembuhkan penyakit pekak, lumpuh, buta dan lain-lain penyakit dengan pantas dan berkesan.

Melalui Teknologi Al-Quran yang diketengahkan ini dapat menyembuhkan SAKIT secara TOTAL (Menyeluruh) dan amat berkesan dan cepat (SERTA MERTA) seseorang itu akan sembuh dari derita yang ditanggungnya selama ini. Di percayai boleh di gunakan untuk pengubatan semua jenis penyakit dapat dirawat dengan kaedah ini kerana ianya TIDAK mengambil masa yang panjang dan TANPA memakan sebarang PIL atau ubat-ubatan dengan hanya di kehendaki minum air penawarnya sahaja, dan tiada mempunyai atau yang mendatangkan sebarang KESAN SAMPINGAN terhadap pesakit tersebut.






 "ALLAH TIDAK MENURUNKAN PENYAKIT KECUALI DI TURUNKAN PENAWARNYA"


"MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA KE SERATA DUNIA MELALUI RAWATAN PENYAKIT"


Make a Free Website with Yola.