
Lindungi jantung anda daripada serangan musuh,
dengan sentiasa melakukan zikir setiap masa mengingati Allah swt
PERSIAPAN ZIKIR
ATURAN UNTUK PERSIAPAN Zikir
1. Berniat/Munajat
Dalam niat
diucapkan:
Yaa Ilahi anta ma'sudi wa ................ ..................... ........................ ...................... ....................
Ertinya: Ya Tuhan Engkaulah yang kumaksud dan keridhoanmulah yang aku cari, Hamba mohon belas kasih-Mu dan ma'rifat/mengenal Engkau, Tiada wujud yang haq kecuali wujud Allah dan tiada yang haq disembah kecuali Allah.
2. Duduk Tarekat
Iaitu duduk
seperti duduk dalam tahayat terakhir dalam solat, kepala ditundukkan ke sisi
kiri, ditempat yang bersih segar, wangi dan sunyi.
3. Rabithatu Mursyid
Rasa pertalian
dengan Rasulullah saw, membaca: (As-sallamu ................. .................. ..................... .....................)
Pada tahap ini seolah-olah Nabi Muhammad hadir di muka kita dan bersalaman, kemudian membaca: Selawat atas beliau "as-salaamu ...................................................................................................................."
4. Bertaubat
Membaca istighfar
7x
Diniatkan untuk
memohon ampun pada Allah akan dosa zahir. Minta ampun dosa yang dibuat oleh
mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan syahwat.
Membaca istigfar
7x
Mohon ampun
dosa-dosa batin iaitu:
1) Lathifatul Qolbi:
2) Lathifatur Roh
3) Lathifatus Sirri
4) Lathifatul Khafi
5) Lathifatul Akhfa
6) Lathifatun Nafsu Natiqa
7) Lathifatul Kullu Jasad
5. Membaca
1) Al-Fatihah 1x
2) Al-Ikhlas 3x
3) Memohon semoga Allah memberikan pahala keatas bacaan tersebut kepada diri kita, kepada rasulullah saw dan rabitna mursyid.
Berdoa:
Ya Allah.., jadikanlah hatiku berjalan kepadaMu,
sehingga aku memperoleh keridhaanmu yang aku cari; Ya Allah.., hilangkan hijab dalam hatiku dan
bukakanlah hijab yang menutupi hamba untuk menemukan Engkau; Ya Allah .. ........................... .......................... .......................... ......................... ......................... ......................... .....................................................
Merenungkan peristiwa-peristiwa semasa hidup di dunia, juga kehidupan akhirat. Syurga disebelah kanan tidak boleh masuk kerana banyak dosa. Neraka disebelah kiri, takut masuk kerana terlalu panas. Jalan terus kedepan untuk menemukan Allah.
Pada tahap ini perasaan batin merasa "La maujuda ............................................" baca do'a munajat 3x
Adab dalam Zikir
Ada beberapa
macam cara, di antaranya:
* Mata dipejamkan, kepala ditundukkan setunduk-tunduknya. Tarik nafas, kepala ditegakkan, ucapkan: Laa.... hati melihat ke atas melampaui tujuh petala langit sidratul muntaha, mustawa, arsy, kursy, lauhin mahfuzh, kalam, keatas terus ke atas lagi ke tahap yang tidak terbatas, ucapkan: ila......... putarkam kepala ke bahu kanan ke ruang yang yang tidak terbatas, ucapkan: illa........... dari bahu kanan sampai ke keseluruhan kalimat. Dipalukan berhimpun kedalam hati sanubari. Yakni gerakkan nafas keluar (ke atas): Laa .......... gerak nafas masuk (turun): illa..........
Pembacaan Laa ............................................................ pada tahap ini, perasaan batin telah berada ditempat yang tidak terisi, diruang yang tidak terbatas, lengkap dalam suatu keadaan masiwallan yakni dalam wujud Allah semata-mata (la maujuda ....................................................).
* Sekali membaca: Laa .........................................
Tiga kali membaca
dalam hati: Allah Allah Allah. Dalam pada ini hati robbani:
Muraqobah atau berintai-intaian Musyahadah atau berpandang-pandangan dengan Allah
Dilakukan minima 45x atau 145x
Adab membaca
Dengan hati yang
ikhlas dengan harkatnya yang baik:
Laa ....( ): 2 harkat
Ilaha .....( ): 2 harkat
Illallah .....( ) : 6 harkat - 10 harkat
Berniat baik
Dalam hati
membaca : Laa ................................... yang dipalukan ke Lathiful Qolbi dengan
maksud mengeluarkan sifat-sifat mazmumah (yang tercela) yang dimasukkan ialah
sifat-sifat mahmudah (terpuji).
Adab sesudah selesai
berzikir
Kepala dan
pandangan mata anda ditundukkan terus, semata-mata khusyu' kepada Allah dan
seluruh anggota
1) Tahan nafas keluar masuk, tenangkan hati, jangan bergerak-gerak.
2) Duduk tarekat masih tetap dalam kehadiran hati kepada Allah menantikan faedah dan natijah dari zikir.
3) Seterusnya anda membaca doa munajat.
4) Dalam pada ini segala hal ehwal kita dilihat, diketahui dan didengar oleh Allah.
5) Anda berkekalan bersama dengan Allah.
Adab melaksanakan
Zikir
Dilakukan dalam 4
tahap:
Tahap I
Mata dipejamkan,
kepala ditundukkan (perhatikan adab berzikir):
Baca dengan lisan : Laa ................. Putar kepala ke kanan
Baca dengan lisan: illa.................. Putar kepala ke kiri.
Dalam hati membaca Allah... 3x
Mulai dari minit pertama telunjuk kanan digerak-gerakkan, jantung digerak-gerakkan, urat-urat bergerak-gerak. Kalau sudah bergerak-gerak baca lafal Allah... Allah... dalam hati, maka itulah zikir ismuzzat (zikir Lathifatul qolbi) dalam keadaan sedemikian itu:
Dibaca : di hujung lidah selama 10 minit
Dibaca : di dalam hati 10 minit
Tahap II
Mata kepala
dipejamkan. Mata batin melihat kalimah : dengan penglihatan iman dan keyakinan,
iaitu anda bermusyahadah dengan Allah dengan afalullah, sifatullah dan
zatullah.
Tahap III
1) Telinga kepala dipekakan, telinga batin mendengar kalimah: Allah... Allah...
2) Perasaan bermusyahadah dengan Allah, berkata-kata dengan Allah seolah-olah Allah mengatakan: Aku ini Allah. Lantas dalam hati menajawab: Engkau Allah Atau menjadi
Sebagaimana Nabi Musa as, kalamullah berkata-kata dengan Allah:
Bahawa hanya aku Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku.
Tahap IV
1) Lidah mulut ditegakkan ke atas langit-langit, bibir, gigi geraham dirapatkan.
2) Lidah batin mengucapkan : Allah... Allah...
3) Pada tahap ini perasaan batin merasa la maujuda illallah tidak ada yang maujud hanya Allah semata-mata.
4) Alam zahir (nyata) menjadi lenyap, maka yang ada hanya sifatullah, zatullah, asmahullah.
Dalam pada ini
anda telah sampai pada tahap iman:
1) Ilmu yakin
2) Ainul yakin
3) Haqqul yakin
Dimana pada tahap ini anda akan hanya merasai wujud Allah semata-mata.
Pelajaran Zikir khusus
Apabila anda
masih kesulitan dalam melakukan pembersihan pada sebuah lathifah (tidak
aktif/tertutup) maka cuba anda lakukan zikir seperti dibawah ini sekerap
mungkin.
1. Zikir Ismu-Zat
Iaitu dalam hati
membaca lafal Allah... Allah... 5000x
untuk Lathiful Qolbi.
2. Zikir latif, Sulthanul Azkar, Zikir Lathaif
Ini ialah
mengerjakan zikir pada 7 Lathifah (Roh) dengan membaca: dan untuk dituju pada
tiap-tiap lathifah:
1) Lathifatul Qolbi 5.000x
2) Lathifatul Roh 1.000x
3) Lathifatul Sirri 1.000x
4) Lathifatul Khafi 1.000x
5) Lathifatul Akhfa 1.000x
6) Lathifatul Nafsun Natiqa 1.000x
7) Lathifatul Kullu Jasad 1.000x
Jumlah zikir 11.000x
3. Zikir Nafi Isbat
1) Zikir nafi isbat ini dibaca dalam hati kalimah: Yaa Ilahi anta ma'sudi wa ridhoka mathlubi wa anta ma'budi, A'thini mahabbataka wa ma'rifatuka, Laa maujuda illallahu Laa ma'buda illallah
2) Mata kepala dipejamkan, mata batin terbuka, lidah dimulut dinaikkan ke atas langit-langit.
3) Lidah batin membaca: Laa ilaha illallah 3x dan muhammadur Rasulullah 1x tahan nafas dilakukan minima 21x
4) Nafas ditahan dibawah pusat 2 jari
5) Zikir Isbat yang dilakukan begitu rupa sehingga mengalir ke seluruh tubuh seperti aliran darah.
Ketahuilah zikir kepada Allah meneguhkan (mententeramkan) hati. Sabda Rasulullah saw: Bahawasannya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada alat untuk mensucikan dan alat untuk mensucikan hati itu ialah zikrullah.
4. Tahlil Lisan
Anda hendaklah
lakukan dengan istiqomah dengan membaca: Laa ................................ dengan
lisan 1000x atau 70.000x sekali khatam tamat.
Demikianlah huraian pengisian / pemurnian tenaga "Nuur Hikmah" untuk memperolehi limpahan kurniaan "FAID" dari Allah swt. Sedangkan bagi anda yang memiliki masa dan berkemampuan dari Allah hendaklah mengikuti "Suluk" untuk tahap berikutnya terus secara langsung di bawah bimbingan seorang guru / mursyid. Untuk mengetahui hakikat diri dan ketuhanan.
ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT
Apabila faedah
zikir itu belum lagi memberikan natijah berupa rahmat dari Allah maka
taubat/istighfar harus dilakukan terlebih dahulu, adalah seperti berikut:
Melakukan mandi
taubat untuk mensucikan 14 pembuat dosa zahir dan batin seperti.
1) Untuk dosa lahir dibaca: 7x dengan niat untuk diampuni dosa yang dilakukan oleh mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan kemaluan.
2) Untuk dosa batin dibaca: 7 x dengan niat untuk diampunkan dosa yang dilakukan oleh Lathifatul Qolbi, Lathifatul Ruh, Lathifatul Sirri, Lathifatul Khafi, Lathifatul Akhfa, lathifatul Nafsu Natiqa dan Lathifatul Kullu Jasad.
Catatan: Alangkah baiknya bila istigfar seperti ini dapat dilakukan pada setiap hari setelah selesai solat fardhu.
Pada tahap ini, anda telah mensucikan diri untuk mengeluarkan sifat-sifat tercela/mazmumah dan untuk memasukkan segala yang mahmudah.
"Sesungguhnya Allah menyukai akan orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci".
Melakukan solat Awwabin
Solat awwabin
dilakukan sesudah solat maghrib 6 raka'at. - Membaca : 7.000x
Diniatkan mohon diampuni dosa-dosa yang dikerjakan oleh anggota zahir. - Membaca : 7.000x - Diniatkan untuk dosa-dosa batin.
Kalau dalam jiwa anda belum juga bersinar Nuur cahaya taubat atau iman, maka sementara itu terus dilakukan saja istighfar sebanyak 11.000x sebagai pengganti zikir lathaif.
Sayyidul Istighfar
Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tidak ada Tuhan
yang disembah melainkan Engkau. Engkau telah mencilptakan aku dan aku adalah
hambamu. Aku adalah atas ketentuan Mu dan janji Mu yang hamba dapat lakukan. ......................................................................... ............................................................ ...................................................................................................................................................................................................................................... Aku mengakui nikmat Mu atasku dan aku pun mengakui dosaku, kerana sesungguhnya
itu tidak ada yang mengampunkan dosaku kecuali Engkau sajalah. Aku mohon Engkau
beilah taufik, hidayah dan petunjuk serta perlindungan daripada Mu dari
kejahatan apa saja yang telah aku lakukan selama ini samada terbuka dan
tersembunyi, dan aku hanya mencari redha Mu.
Faedah Zikir dan
Istighfar
Barang siapa
selalu istighfar (bertaubat) maka Allah akan memberikan jalan keluar dari tiap-tiap
kesulitan dan Allah akan memberikan dari tiap-tiap kegelisahan akan
ketenteraman, dan Allah memberikan rezeki dari arah yang tak dapat diduga.
Zikir dan istighfar adalah sebagai penghubung antara hamba dengan Allah. Bahawa Allah adalah sumber dari segala cahaya dan ilmu. Dan apabila Allah menembusi hati hambanya dengan Nur Cahayanya maka berlimpah ruahlah rahmat. Pada ketika itu hati hambanya bercahaya terang benderang, terbukalah tabir rahsia malakut dan segala hakekat ketuhanan yang selama itu menjadi rahsia dengan kurniaan Allah.