

RASA SAKIT HILANG SERTA MERTA




TERAPI RAWATAN ISLAM TERKINI
KAEDAH RAWATAN ISLAM INI ADALAH UNTUK MENCARI, MENGAMBIL,
MEMUTUS, MEMATI DAN MEMBUANGKAN SEMUA PUNCA SAKIT,
HINGGA KEAKAR UMBINYA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA SAKIT,
TIADA PUNCA SAKIT TIADA LAGI TERJADINYA PENYAKIT
KAEDAH INI JUGA BERUPAYA UNTUK MELAKUKAN PEMBERSIHAN
DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI BAGI MEMBERSIHKAN
SEMUA GANGGUAN TERHADAP ANGGOTA DAN ORGAN-ORGAN YANG
MENYEBABKAN TIDAK DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK
(PEMBERSIHAN SECARA TOTAL)
***PENGHARGAAN***
JUTAAN TERIMA KASIH DAN KEPADA SEMUA PELANGAN DARI KALANGAN BUKAN ISLAM TERUTAMA DARI MASYARAKAT INDIA DAN LAIN-LAIN BANGSA YANG DATANG DARI SELURUH SEMENANJUNG, SABAH, SERAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN PENUH KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT PERKHIDMATAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA BANGSA YANG SEDANG MENCARI DAN MENGHARAPKAN PEMULIHAN SECARA TOTAL
1 RAWATAN UNTUK SEMUA BANGSA
Dituju khas kepada yang bukan islam boleh mencuba rawatan ini,
telah diuji pada mereka dan sangat berkesan
Setiap ilmu kebatinan yang berasaskan atau yang berdampingan dengan EMPAT unsur UTAMA diatas akan tersangkut dan akan terhalang dengan sendirinya apabila bertembung dengan kaedah ini. Kerana itu JIHAD UTAMA adalah untuk membebaskan manusia yang sedang dicengkam oleh EMPAT unsur UTAMA ini dan berupaya untuk melepaskan cengkaman tersebut. Kaedah ini juga sering diuji oleh pesakit, keluarga, rakan pesakit dan mereka yang mempunyai ilmu kebatinan hadir untuk mendapatkan rawatan dalam masa yang sama turut menguji kemampuan kaedah ini. Setiap ujian yang dilakukan oleh mereka semuanya akan dipatahkan dan dikembali kepada mereka dan mereka harus menerima akibatnya melalui niat JAHAT yang mereka lakukan, Kesemua yang dikembalikan akan digandakan sebanyak 100% kerana itu adalah hak mereka dan setiap ujian yang dilakukan kami tidak akan bertanggungjawab. Selagi ianya mengunakan dampingan yang berasaskan kepada salah satu daripada EMPAT unsur UTAMA ini ianya akan tersangkut juga. Kerana masih ramai yang tidak menyedarinya siapa yang ada dibelakang mereka, hanya mereka tahu mengunakan ilmu tersebut tetapi tidak mengetahui siapa yang ada bersama dengan mereka. (Bayangkan keris yang boleh terbang dan menari siapa yang membawanya dan siapa pula yang membuat ia boleh menari).
GANGGUAN TERHADAP MANUSIA
Gangguan yang berlaku terhadap manusia oleh makhluk halus ini boleh tidak boleh di nafikan begitu sahaja dan ianya tetap berlaku kepada sesiapa jua, tanpa mengira samada ianya islam atau bukan islam mereka tetap diganggu oleh makluk halus ini. Semua gangguanini boleh di pisahkan dan di lepaskan atau di nyahkan keluar daripada tubuh badan kita supaya dapat mengelak berlakumya kesakitan atau gejala sakit yang diwujudkan oleh mereka. Petanda awal yang paling senang dikesan adalah melalui tanda atau kesan lebam yang pada tubuh itu adalah menunjukkan gangguan tersebut telah mula aktif keatas orang tersebut. Cara yang lain untuk mengesannya adalah seolah-olah ternampak kelibat yang lalu bila di lihat tiada kelihatan apa-apa objek. Selain itu untuk mengesan kewujudan makhluk ini adalah melalui sakit-sakit sendi, sakit tengkok, sakit pinggang dan penyakit yang kecil dan sangat cepat dirasai sebelum terjadinya penyakit yang lebih kronik. Untuk membersihkan makhluk halus yang telah mengganggu diri dan keluarga kita harus membuangnya termasuk membersih semua yang menduduki sama ada pada diri kita, keluarga, harta benda termasuk laluan keluar masuk rumah, di lantai, di dinding, di syiling, di bumbung, di dalam dan luar kawasan rumah, agar bebas daripada makhluk Allah ini supaya diganti pula dengan kehadiran malaikat yang keluar masuk rumah kita dengan izin Allah swt. Kita hanya berusaha dan Allah swt yang menentukannya. Pada kebiasaannya makhluk halus yang mengganggu manusia ini mereka bukan lah bersendirian dan mereka mempunyai kumpulan masing-masing, kecuali yang tidak bertuan (Puaka) ia melakukan bersendirian untuk mendekati mangsanya, Bi Iznillah.
Kita kembali kepada fitrah kejadian manusia, bagaiman Nabi Allah Adam manusia yang pertama juga turut diganggu oleh makhluk halus ini sehingga beliau tercampak kedunia ini. Peristiwa tersebut mengingatkan kita bahawa tiada manusia yang tidak diganggu. Rasullullah juga pernah tersihir ini kan pula kita umatnya sudah tentu tidak lekang dari pengkhianatan daripada makhluk halus ini. Berlandaskan beberapa kejadian yang berlaku terhadap para Nabi-nabi dimana kedudukan mereka lagi tinggi disisi Allah swt sudah tentu TIDAK ada seorang pun umat Nabi Muhammad saw yang akan terlepas daripada gangguan makluk halus ini. TIDAK ada sesiapa jua samada ia Islam atau bukan Islam yang memiliki KEKEBALAN daripada gangguan makhluk halus ini. semakin dekat dengan Allah swt semakin tinggi pula tipu helah mereka untuk mengganggu umat Nabi Muhammad saw. Prnah ditanya oleh beberapa orang ahli tahfiz "saya selalu membaca alquran dan selalu membuat solat-solat sunat dan melalukan zikir. adakah makhluk ini juga ada menganggu saya?" Lalu dijawab pertanyaan tersebut bahawa lihat sejarah bagaimana Nabi Allah Adam juga diganggu dan Rasul kirta juga pernah diganggu dan tiada mustahil kita tidak diganggu. Memandangkan kedudukan para-para Nabi lebih tinggi kedudukannya daripada kita, jika yang berada pada kedudukan yang tinggi juga diganggu sudah tentu kita yang berada dibawah ini juga turut diganggunya. Seorang imam dari pahang pula pernah bertanya "adakah orang seperti saya ini juga boleh diganggu oleh makhluk ini" jawabnya ya, sepertimana tuan menyatakan ketikan hendak mengambil wudhuk kadangkala terpaksa mengambilnya berulangkali sehingga berjam-jam duduk dibilik air semata-mata untuk mengambil wudhuk tetapi sukaruntuk memberikan tumpuan" Atas kejadian yang berlaku kepada imam tersebut itu adalah jelas bahawa itu adalah gangguan yang dilakukan oleh makhluk halus terhadapa sesiaapa jua yang dikehendaki oleh mereka". Kebiasaannya kita TIDAK mengindahkan sangat gangguan daripada makhluk halus ini dan TIDAK begitu mengambil berat akan gangguan yang telah di wujudkan oleh mereka sehingga tidak merasakan apa-apa pada diri kita dan keluarga. Tetapi jangan di sangka dalam diam mereka telah mengkhianati umat Nabi Muhammad saw dengan pelbagai cara dan tipu helah termasuk menyamar dalam pelbagai aneka bentuk dan ragam. Sebab itu gangguan ini di yakini berlaku terhadap seseorang apabila seseorang itu telah jatuh SAKIT seperti mendapat angin ahmar atau telah terbaring akibat lumpuh baru lah kita mengakuinya adanya terjadi gangguan daripada makhluk halus ini. Ketika itu lah baru kedengaran untuk mencari siapa yang mampu untuk membantu dan sebagainya. Dalam hal ini sebenarnya tidak ramai yang peka terhadap masalah yang menyerang manusia ini sehingga manusia sendiri tidak tegas untuk menentang perbuatan jahat makhluk halus ini. Maka mereka bermaharajalela tanpa sekatan dan ikhtiar untuk menyekat dan memisahkan makhluk halus ini daripada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai.

Nak lebih ramai pesakit yang
kronik seperti ini untuk dibantu
Selagi kita ini bernama manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada serangan dan gangguan makhluk halus ini, kerana makhluk halus ini lebih ramai daripada manusia dan boleh di andaikan nisbahnya 1:9 manusia hanya - 1, manakala makhluk halus ini ada - 9. Gangguan yang berlaku terhadap manusia itu juga adalah sebahagian daripada kerja dan tugas, sebab itu ia mohon kepada Allah swt untuk panjangkan hayat mereka hingga kiamat nanti, kerana mereka ingin terus menyesatkan dan untuk mengganggu manusia didunia ini. Sudah pasti tiada seorang pun yang akan terlepas daripada gangguan tersebut. Sebahagian daripada manusia ini telah diganggu sejak dari dalam kandungan ibu lagi sehingga mereka di lahirkan dan membesar tanpa disedari makhluk ini telah pun berada dalam diri kita. Walaupun setengah masyarakat berpendapat dan menyatakan mereka menafikan terdapatnya gangguan oleh makhluk halus ini, tetapi itu hanyalah andaian semata-mata, sebenarnya gangguan itu telah pun berada pada setiap manusia, hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya atau belum merasainya gangguan tersebut, semakin meningkat dewasa semakin hari samkin terasa dan gangguan tersebut akan terserlah juga akhirnya. Bila terserlah atau terzahirnya PUNCA yang menyebabkan SAKIT ini akan berlaku lebih daripada tiga PUNCA yang menyebakan diri kita akan terasa SAKIT termasuk di merata anggota dan tubuh badan. Penyakit yang paling mudah di temui seperti migrain, sakit sendi-sendi, sakit pinggang, bisa-bisa badan, kekejangan sewaktu sedang tidur dan kebas-kebas jari tangan dan kaki. Gangguan ini bermula daripada dalam keluarga kemudian jiran tetangga, sahabat dan kenalan serta yang datang menumpang (Puaka), gangguan yang berlaku ini bukan lah daripada yang zahir melakukannya tetapi yang ghaib yang mengekori dan yang menumpang pada diri dan keluarga serta sahabat handai yang mengambil peluang dan berfungsi dengan kesempatan yang ada.
PUNCA MENYEBABKAN GANGGUAN
- Saka keturunan melibatkan pengagihan makhluk halus sebagai penjaganya
- Saka JELMAAN - Satu makhluk yang serupa dan mengawal seluruh ahli keluarga (memang ganas)
- Saka Adat - mengamal adat-adat tertentu dari semua bangsa untuk keluarga atau keturunan
- Termakan minum dan akibat daripada santau dan pelaris dalam makanan
- Amalan dan tuntutan ilmu kebatinan (Pendinding, Penunduk, Pemanis dan sebagainya)
- Mengambil atau menuntut ilmu-ilmu kebatinan yang mempunyai khadamnya
- Penggunaan tangkal, azimat, hizip dan yang mempunyai khadamnya
- Khadam yang ada pada pasangan akan memakan pasangan masing-masing dan ahli keluarga
- Disampuk, tersepak, terlanggar, mainan sihir, akibat rasa dengki, mandi bunga dan susuk
- Khadam yang ada pada anak akan memakan adik beradik, ibu bapa dan keluarga yang lain
- Khadam yang ada pada bapa / ibu saudara akan memakan ahli keluarga yang lain
- Khadam diperolehi daripada bertapa samada dari gunung, bukit, paya, kampung, dilaut, hutan. gua, kubur, makam dan sebagainya juga memberi kesan sampingan terhadap ahli keluarga.
Gangguan yang berlaku terhadap manusia ini mempunyai pelbagai peringkat dan kumpulan masing-masing dengan tujuan masing-masing untuk menjalankan aktiviti jahat mereka. Makhluk halus ini mengwujudkan gangguan ini kebiasaannya mereka bukan bersendirian. Mereka mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu untuk mengekori dan menduduki tubuh seseorang yang di khianati. Ada kumpulan yang kecil dan ada pula yang berada dalam kumpulan yang sangat besar dan mempunyai ramai pembantu untuk melakukan pengkhianatan terhadap manusia.
JUMLAH AHLI KUMPULAN
- Daripada 1 makhluk hingga 5 makhluk halus - Bersendiriam / dalam kumpulan paling kecil
- Daripada 1 makhluk hingga 30 makhluk halus - Berada dalam kumpulan yang kecil
- Daripada 1 makhluk hingga ratusan makhluk halus - Berada dalam kumpulan sederhana
- Daripada 1 makhluk hingga ribuan makhluk halus - Berada dalam kumpulan yang besar
Bayangkan jika kita melakukan rawatan kepada pesakit dengan cara memasukkan makhluk halus ketubuh pesakit kita hanya mendapat satu sahja makhluk halus yang ada pada pesakit. Sekiranya makhluk halus itu berkumpulan yang ramai jika kita lakukan dengan cara sedemikian maka kita tidak dapat menyelesaikan masalah pesakit tersebut, sebabnya kita tidak dapat mengambil lebih daripada satu makhluk halus tersebut. Dengan kaedah ini berupaya mengambil dan menarik sebanyak mana pun yang berada didalam kumpulan tersebut dapat diambil dengan serentak dan dapat menyelesaikan masalah pesakit yang diganggu oleh makhluk halus ini dengan berkesan, serta dapat mengambil juga peralatan serta racun-racun berbisa yang digunakan oleh makhluk ini dapat di ambil dengan serentak walau pun dimana ianya berada dan disimpan dapat diambil kesemuanya.
Adakalanya makhluk halus ini akan bergabung sesama sendiri dengan pantas bertujuan untuk mengelirukan manusia serta supaya mereka sukar dikesan, untuk mengelakkan kumpulan mereka ini di tumpaskan pelbagai jelmaan akan diwujudkan serta halangan untuk mengagalkan usaha untuk memisahkan mereka dari tubuh pesakit dan keluarga pesakit. Mereka bergabung bertujuan untuk melawan supaya GAGAL segala usaha yang di lakukan, agar mereka tidak dapat di pisahkan dan akan berada sehingga akhir hayat pesakit yang telah di cengkam dan diganggu oleh makhluk halus ini dan akan sentiasa berada semada di tubuh pesakit dan ahli keluarga pesakit, di sisi atau sentiasa mengekori kemana jua mangsa mereka pergi dalam melaksanakan urusan harian.
MEMPUNYAI SAIZ YANG BERBEZA
- Saiz yang terkecil dan paling rendah dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz yang kecil dan rendah, dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz sederhana kecil, dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz sebesar dan tinggi seperti manusia, dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz yang besar dan tinggi, dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz yang sangat besar dan sangat tinggi, dalam pelbagai bentuk dan rupa
- Saiz yang terlalu sangat besar dan paling tinggi, dalam pelbagai bentuk dan rupa
Cuba kita bayangkan apa yang terjadi kepada diri atau ahli keluarga kita yang mendapat SAKIT dengan wujudnya kumpulan pengganggu dari kumpulan 1 hingga ke 4...? berapa ramai makhluk halus yang berada pada tubuh dan dalam keluarga kita.
Jika rawatan yang diberikan kepada pesakit dengan cara memasukkan gangguan tersebut ke tubuh pesakit maka yang dapat di pisahkan hanya 1 makhluk sahaja yang berupaya dipisahkan dan sudah tentu SAKIT yang dialami tidak sembuh, kerana yang lain masih berada di tubuh pesakit. Sebab itu pesakit dan keluarganya yang telah mendapatkan rawatan akan sentiasa tercari-cari untuk berusaha bagi memulihkan kesakitan yang dialaminya. Sekiranya yang masuk ketubuh pesakit yang paling besar dan tinggi pula pearwat pula akan dicabar serta diugut supaya tidak dipisahkan, ada setengahnya perawat yang mengalami keadaan sedemikian ia akan melepaskan pesakit dan berundur daripada membantu pesakit, maka pesakit juga yang menderita TANPA dapat dibantu
Dengan kaedah yang telah kami ketengahkan kedalam pasaran ianya sangat berbeza dengan kaedah yang lain, melalui kaedah ini berupaya untuk mengambil serentak setiap kumpulan-kumpulan makhluk halus yang mengganggu pesakit samada sedikit atau ramai, kecil atau yang paling besar, walau pun beribu-ribu dapat di ambil serentak, serta di hadirkan untuk di putus dan dipisahkan daripada pesakit agar segala gangguan dan pengkhianatan yang telah berlaku dapat di tamatkan segera, Apabila semuanya lapisan dan gangguan serta kumpulan makhluk halus yang ada pada pesakit dapat dipisahkan, maka pesakit akan merasai perubahan yang ketara dan tubuh akan berasa ringan. Dengan kaedah ini juga kami TIDAK menambah sebarang yang boleh menjadi gangguan kepada pesakit Kerana kami menentang MUSUH UTAMA iaitu IBLIS, SYAITAN, JIN dan ROH JAHAT yang boleh menyebabkan terjadinya PUNCA SAKIT. Kami hanya membuang dan mengeluarkan serta memutus dan mematikan semua PUNCA yang telah terdapat pada tubuh pesakit. Malah turut membuangkan segala yang telah menumpuangpada pesakit yang diperoleh dengan tidak sengaja umpamanya pesakit telah mendapat khidmat daripada perawat yang mempunyai dampingan, seperti kebiasaannya daripada BOMOH, DUKUN, PAWANG, TUKANG URUT dan BIDAN KAMPUNG atau pengamal yang mempunyai SAKA untuk menjadi perawat.
Melalui kaedah ini pesakit TIDAK perlu mencari dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mendapatkan rawatan pemulihan, kerana jika diberikan tumpuan dan merasa YAKIN dengan kaedah ini maka tempuh masa dan rawatan untuk pemulihan dapat di pendekkan. Seandainya pesakit dan keluarga pergi dari satu tempat ke tempat yang lain serta banyak melakukan rawatan dengan perbagai cara yang belum pasti, sudah tentu pula akan dapat ramai yang menumpang dan mengikuti pesakit serta keluarganya. Jika berlakunya perkara seumpama ini, pesakit juga yang akan di bebani derita dan masalah yang berpanjangan dan pesakit pula tidak mengetahui PUNCA dan SEBAB sakitnya bertambah kritikal. Perkara ini sering berlaku akibat daripada pesakit dan keluarga tidak memahami proses sesuatu rawatan yang dijalankan samada ianya sesuai atau tidak dengan masalah yang dihadapi bertujuan untuk mendapatkan penyembuhan penyakit..
Jumlah dan ramainya setiap kumpulan ini ianya bergantung kepada siapa yang melakukan sihir dan memiliki dampingan kepada makhluk halus ini danada juga makhluk yang tidak mempunyai tuannya yang kami takrifkan sebagai (PUAKA) makhluk halus yang tidak mempunyai tuan. Makhluk halus yang tidak mempunyai tuan ini kebiasaannya ia berada dalam jumlah yang kecil tetapi pengkhiatan mereka cukup hebat juga apa bila ia mengambil kesempatan keatas apa yang telah berlaku terhadap seseorang itu ia sebagi penumpang yang menokok tambah kepada PUNCA sakit yang telah di wujudkan oleh lain-lain kumpulan yang telah mengkhianati manusia.
Gangguan daripada makhluk halus ini turut berlaku kepada orang-orang yang kuat amalannya samakin tinggi amalannya semakin hebat pula yang dihantar menghampiri orang tersebut. Apabila kaut beribadah kepada Alllah swt maka yang hebat0-hebat ini lah yang akan mengganggu mereka. Makhluk halus ini sangat bijak dan pandai menyembunyikan setiap gangguan yang telah di wujudkan supaya PUNCA yang boleh terjadinya SAKIT tidak dapat dikesan dengan lebih awal dan ia mengambil masa untuk merasai kesakitan yang telah ada dalam tubuh. Pada peringkat awal pesakit akan merasai yang ringan-ringan sahaja dan semakin hari semakin kuat dirasai kesakitan tersebut dan ada pula yang mendapat SAKIT secara mendadak, tanpa diketahui PUNCA dan SEBAB terjadinya SAKIT tersebut.
Sebab itu SAKIT yang dirasai oleh seseorang biasanya mempunyai lebih daripada PUNCA atau lapisan dan setiap PUNCA itu atau lapisan itu mempunyai kumpulan masing dan jumlah ahli yang membantu juga berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Jika kita membuang satu lapisan atau satu PUNCA sahaja belum tentu penyakit yang dihadapi itu akan dapat disembuhkan, kerana lapisan dan PUNCA SAKIT tersebut masih wujud dan terus aktif selagi berada dalam tubuh pesakit. Untuk penyembuhan terhadap pesakit secara TOTAL maka setiap PUNCA atau lapisan tersebut hendaklah diambil, di keluar dan dimatikan sehingga keakar umbinya supaya tiada yang tertinggal dalam tubuh badan, maka semua gejala SAKIT yang telah terjadi terhadap pesakit TIDAK akan berlaku lagi.
Bagi orang islam pula yang dikhianati oleh makhluk halus berupa JIN ISLAM yang menduduki tubuh pesakit, walau pun di baca ayat-ayat suci al-quran ianya TIDAK berkesan kerana JIN ISLAM ini juga berupaya membaca ayat-ayat suci sebab itu ia tidak berasa PANAS dan ia tiadak akan keluar dari tubuh pesakit, kecuali dengan cara mengambilnya dan dikeluarkan seberapa ramai yang ada serta diambil kesemua segala racun serta apa juga yang telah dipegangnya dan diputuskan gangguan tersebut maka tiada lagi terjadinya SAKIT.
Pesakit ini telah mengalami kemalangan jalan raya setahun sebelum mendapatkan rawatan di pusat ini, tangannya pula tidak boleh diangkat dan terasa sakit dicelah kangkangnya jika melakukan pergerakan
PENGARUHI MANGSA DAN MELAKUKAN PENGKHIANATAN
- Orang yang kuat beribadah - Yang datang mengganggu adalah yang handal-handal dan hebat-hebat untuk melakukan tipu helah dan pengaruhi mereka melalui hati, perasaan dan fikiran serta melakukan pengkhiatan yang sukar dikesan dan lambat dirasai oleh mangsanya.
- Orang yang was-was - Yang datang mengganggu mereka adalah yang sangat bijak melakukan tipu helah serta dapat pengaruhi mangsanya dengan mudah dan melakukan pengkhiatan secara berdepan dengan mangsa mereka.
- Orang yang tak percaya - Yang hadir mempengaruhi dan melakukan pengkhianatan adalah dari golongan yang bodoh-bodoh dan yang degil dan cepat marah dan suka melawan arahan dari ketua mereka
PENUHI PERMINTAAN SYAITAN
Semasa mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat TIDAK harus menurut apa sahaja yang diminta oleh perawat dan harus menilai dari segi baik buruknya serta adakah ianya bertentangan dangan aqidah yang dituntut oleh syarak. Jika tidak berhati-hati dalam soal ini maka pesakit dan keluarga akan terjebak dalam perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti melakukan SYIRIK terhadap Allah swt tanpa disedari atau tidak seperti memenuhi setiap permintaan syaitan, kononnya jika di tunaikan apa juga barangan yang diminta, maka mereka akan melepaskan pesakit dan pergi meninggalkan pesakit dan tidak akan membuat lagi atau melakukan gangguan terhadap pesakit serta keluarga. Semua itu hanyalah alasan semata-mata dan JANGAN sesekali mudah terpengaruh dangan alasan yang diberikan nanti diri sendiri yang akan menjadi mangsanya.
CONTOH PERMINTAAN SYAITAN:
- Kain putih 7 meter
- Kain pelbagai warna
- Al-Quran
- Sejadah
- Pulut kuning
- Telur
- Jarum
- Mayang kelapa
- Lilin
- Bunga pelbagai jenis
- kemiyan
- Tahi besi
- Ayam Selasih
- Kain Batik
- Kain pelikat
- Daging
- Paku
- Barang yang pelik-pelik
- dan sebagainya
Sekiranya pesakit dan keluarganya memenuhi setiap atau sebahagian dari pemintaan seperti diatas biasanya berlaku apabila ketika hendak memutus atau memisahkan SAKA-SAKA keturunan dengan pesakit. Perlakuan seperti ini adalah melakukan SYIRIK kepada Allah swt, Termasuk juga permintaan oleh perawat tersebut sekiranya dia meminta bahawa jika ingin mengeluarkan jin dalam tubuh wanita tersebut, wanita tersebut mesti kena tidur dengan perawat itu untuk keluarkan jin dari tubuh pesakit, semua itu hanyalah helah untuk mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita tersebut. KENAPA permintaan SYAITAN harus di tunaikan..?. Sebaik-baiknya di elakkan berlakunya pada diri sendiri dan keluarga. Bagi kami menjalankan urusan merawat pesakit kami TIDAK sekali-kali menunaikan atau memenuhi apa juga permintaan daripada syaitan ini, dan kami TIDAK akan tunjuk apa juga permintaan daripada syaitan ini, kerana kami ingin mengelakkan dari melakukan perbuatan SYIRIK terhadap Allah swt, sekiranya berlaku pesakit dan keluarga akan turut mendapat dosa yang sama, lebih baik di elakkan sahaja untuk melakukan perbuatan seumpama itu.
Walaupun kami TIDAK memunuhi sebarang permintaan syaitan tersebut, sekiranya semua makhluk halus yang terlibat atau kumpulan makhluk halus yang bersubahat untuk mengkhianati mangsanya kami akan pastikan ia akan melepaskan mangsanya TANPA sebarang syarat, jika ia mengadakan sebarang syarat maka mereka juga akan diminta untuk menarik kembali syarat-syarat yang telah di kemukan dan kami pastikan juga TIADA sebarang tuntutan diakhirat kelak diatas usaha memisahkan makhluk ini daripada orang yang dicengkamnya. JANGAN dengar dan MUDAH percaya kata-kata SYAITAN dan JANGAN tunduk menuruti kehendak SYAITAN, memang SYAITAN hendak menyesatkan manusia.
HASUTAN TERHADAP PESAKIT
Dengan kaedah yang telah diamalkan ini bertujuan untuk membebaskan seluruh umat Nabi Muhammad saw daripada cengkaman daripada makhluk halus supaya terlepas daripada melakukan kerja-kerja syirik dan yang bertentangan dengan syarak. Kami tidak akan memenuhi apa jua permintaan yang perlu disediakan seperti yang diminta untuk memenuhi permintaan SYAITAN tersebut melalui permintaan yang disampaikan oleh perawat. Apabila kami tidak memenuhi permintaan dari syaitan ini maka akan berlaku seperti hasutan yang amat ketara terhadap pesakit atau perawat yang merawat pesakit seperti:-
- Jika makhluk halus yang berada bersama pesakit mampu melawan dan bertarung dengan perawat maka tiada hasutan yang berlaku terhadap mana-mana pihak yang cuba memisah atau melepaskan pesakit yang sedang dicengkam oleh mereka
- Sekiranya makhluk halus yang tidak mampu untuk melawan atau bertarung dengan perawat, pada kebiasaannya mereka akan menyerah dengan mudah untuk melepaskan pesakit. Apa juga syarat dan segala permintaan yang di minta akan ditarik balik dan akan melepaskan pesakit tanpa syarat.
- Makhluk halus yang sanggup berdepan dan berupaya untuk bertarung kerana ilmu yang ada pada mereka sangat tinggi maka makhluk halus ini akan memberontak serta mengamuk dan akan menghadirkan hasutan terhadap pesakit melalui hati, perasaan dan fikiran supaya mereka dapat mengagalkan segala usaha untuk memisahkan mereka serta dapat mengagalkan usaha perawat.
a). Menghadirkan perasaan benci terhadap perawat
b). Menimbulkan perasaan was-was dalam hati, perasaan dan fikiran pesakit dan keluarga
c). Membuatkan pesakit terasa berat atau malas untuk hadir mendapatkan rawatan
d). Membuatkan pesakit terasa lemah dan fikiran berubah-ubah
e). Memberikan pesakit akan sakit diseluruh tubuh untuk bangkit perasaan tidak percaya
f). Menimbulkan gejala sakit seperti sebelum mendapatkan rawatan - Ilmu yang tinggi yang dimiliki oleh makhluk halus ini membuatkan mereka berani menentang dan bertarung sehingga dapat menghilangkan diri mereka (Ghaib dalam ghaib) serta akan mencabar perawat dalam perbagai bentuk dan cara tipu helah untuk melepaskan diri mereka.
a). Melakukan serangan dalam diam semasa menguruskan pesakit
b). Melakukan hasutan terhadap keluarga dan pesakit
c). Tidak mahu memberikan sebarang kerjasama untuk menyelesaikan masalah
d). Mempunyai ahli yang ramai dalam kumpulan yang besar
e). Akan melakukan serangan secara mendadak terhadap perawat
f). Mengujudkan perbagai halangan dan rintangan untuk mendapatkan PUNCA SAKIT
g). Sembunyi dibawah dasar laut, bawah air terjun, bawah tanah, dalam gua dan sebagainya
h). Menyimpan segala racun dan bisa-bisa yang digunakan ditempat yang sukar ditemui - Pesakit akan mudah terpengaruh dan mengikuti perasaan yang dihadirkan pada hati, perasaan dan fikiran mereka menyebabkan mereka gagal untuk disembuhkan
- Pesakit akan menjadi tawar hati untuk meneruskan rawatan kerana hasutan tersebut telah dapat pengaruhi jiwa mereka dan dapat menyelamatkan makhluk halus ini di pisahkan dan tetap akan kekal berada bersama pesakit sehingga akhir hayatnya.
- Pesakit akan merasai kesannya lebih hebat selepas ia tidak lagi meneruskan rawatan kerana makhluk halus ini membalas dendam kepada pesakit kerana usaha mereka untuk memisahkan makhluk halus ini daripada dirinya.
DARI DULU HINGGA KINI
Sejak dari Nabi Adam a.s. sampai hari kiamat syaitan laknat telah bersumpah menggoda manusia supaya jauh dari jalan yang diredhai Allah swt. Supaya kita sentiasa berpegang kepada 3 perkara yang utama :-
- Syariat Islam
- Kitab Al-Quran
- Sunnah dan hadis Rasulullah saw
Kita harus mengelak dari melakukan kerja-kerja yang boleh berlakunya syirik dan khurafat, sama ada secara sedar atau tanpa sedar terhadap Allah swt termasuk perkara yang boleh menjejaskan aqidah diantaranya seperti:-
- Bermegah dan bangga diri dengan saka keturunan dan mendakwa ianya boleh menjaga diri serta keluarga, ingat! ia adalah syaitan yang dilaknati Allah swt
- Mengelak berlakunya syirik tanpa disedari seperti berdampingan dengan syaitan dan jin
- Menolak segala perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti menjamu atau memenuhi kehendak syaitan laknat
- Elakkan diri dari melakukan kerja pemujaan, menurun atau bertapa dan seumpamanya yang dilarang oleh syarak.
Firman Allah Q.S. Yasin - ayat 36
Subhaana alladzii
khalaqa al-azwaaja kullahaa mimmaa tunbitu al-ardhu wamin anfusihim wamimmaa
laa ya'lamuun (Bacaan Rujuk Al-Quran)
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
Dari firman Allah dalam ayat tersebut amat jelas Allah swt telah menjadikan setiap satu kejadian itu berpasang-pasangan:-
- Langit dan Bumi
- Lelaki dan Perempuan
- Nyata dan Ghaib
Maka lengkap dan sempurna Islam itu apabila tidak menolak adanya makhluk Allah yang ghaib dan juga harus beriman kewujudannya
Yang ghaib memang tidak dapat di lihat dengan mata zahir ia dapat di lihat dengan mata batin (mata hati) semua ini adalah urusan Allah swt, hanya kepada siapa yang diizinkan olehnya maka ia dapat melihat rahsia Allah yang dipaparkan kepadanya.
Dunia ini hanya satu dan ianya ada dua alam iaitu alam yang nyata dan alam yang ghaib. Yang ghaib dapat melihat yang nyata tapi yang nyata tidak dapat melihat yang ghaib, kecuali dengan izin Allah swt
Semua perkara yang berkaitan adalah ketentuan Allah swt. Kerana jika yang nyata melihat yang ghaib pasti ia akan ketakutan, malah walau pun tidak kelihatan bila dinyatakan saja, disitu atau ditempat itu ada hantu, dengan menyatakan hal tersebut saja telah menjadi takut, hanya orang yang di izin dan diberikan perlindungan oleh Allah sahaja yang mampu untuk tempuhinya.
Walau pun pada asasnya majotiti yang menolak apa sahaja perbahasan berkaitan dengan yang ghaib, memang kita telah dididik dan diasuh begitu rupa supaya jangan mudah mempercayai benda-benda yang ghaib. Tetapi pada hakikatnya walau pun majoritinya manusia menolaknya perkara berkaitan yang ghaib tetapi ianya tetap wujud dan yang ghaib itu tetap melakukan aktivitinya terhadap manusia. Selama ini kita tidak pernah merungkaikan sumpah syaitan laknat yang telah bersumpah dengan Alllah swt dan berjanji untuk menyesatkan ummat Nabi Muhamad saw sehingga akhir hayat mereka. Melalui dengan kaedah ini telah dapat merungkai banyak rahsia yang telah dapat dijadikan panduan mengenai segala pengkhianat syaitan laknat terhadap manusia sebagai usaha mereka untuk menyesatkan manusia.
Sebagai contoh ahli sukan yang telah disahkan memang sentiasa sehat tetapi akhirnya tetiba sahaja ia terkena serangan sakit jantung ? kenapa? Sebenarnya kita harus kembali kepada fitrah kejadian manusia dan tidak menolak wujudnya yang ghaib ini maka kita akan dapat merungkai segala rahsia yang telah berlaku. Kita seharusnya tidak hanya berpegang dan bergantung kepada sains semata-mata tetapi harus mengambil kira juga perkara-perkara spiritual yang berlaku terhadap seseorang hamba Allah didunia ini, sekeiranya kira menolak bulat-bulat perkara spiritual maka kita sukar untuk menemui apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi kepada pesakit tersebut kerana kita tidak dapat menemui PUNCA dan SEBAB ianya berlaku. Jika kita gunakan kedua-dua kaedah ini dan berjalan seiringan maka kita akan dapat menyelesaikan banyak PUNCA SAKIT yang masih TIDAK dapat disembuhkan dengan sempurna. Dengan pengunaan kedua-dua kaedah ini dapat melenyapkan PUNCA SAKIT yang ada pada pesakit dan sekiranya Berjaya dikeluarkan segala PUNCA SAKIT tersebut maka dengan SERTA MERTA kiata dapat melihat kesannya terhadap pesakit, misalnya jika seseorang itu lemah dan berjalan perlahan, jika dibuangkan segala PUNCA SAKIT tersebut, setelah dirawat dengan berkesan maka orang atau pesakit tersebut dapat berjalan seperti sedia kala dengan SERTA MERTA, itu menunjukkan satu kebenaran kepada kita bahawa jika kita tidak ketepikan yang berkaitan dengan spiritual tersebut maka kita dapat menyelamat lebih ramai pesakit yang telah menderita sekian lama
Pelbagai penyakit yang masih tidak sempurna
kesembuhan yang diperolehi pesakit seperti penyakit:-
1). Mengamuk secara tiba-tiba
2). Gila / menjerit-jerit
3). Bercakap sendirian, Sasau
4). Membunuh diri / ahli keluarga
5). Stress berpanjangan
6). Kemurungan dan
7). Penyakit penyakit kronik yang lain
Sekiranya penyakit
tersebut GAGAL disembuhkan secara saintifik maka diusahakan pula secara spiritual dan mungkin ianya akan membuahkan hasil yang lebih baik sebelum bertindak atau
membuat keputusan membedah dan memotong sebahagian atau anggota pesakit
kerana (setiap kejadian Allah itu sempurna) jika berlaku disebaliknya PASTI ada
PUNCA menyebabkan terjadi seperti itu (itu yang harus diberikan perhatian dan
mencari PUNYAnya). Penyakit seperti diatas berupaya disembuhkan dengan
sempurna, jika digandingkan dengan kedua-dua PUNCA sakit dapat ditemui dan
dikeluarkan dengan sempurna maka penyakit yang sama TIDAK akan berulang kembali.
TERAPI RAWATAN ISLAM UNTUK SEMUA
Rawatan alternatif ini diketengahkan khusus untuk orang bukan islam yang ingin mencuba untuk merawat pelbagai penyakit yang dideritainya dan bagi mereka yang yakin setiap penyakit ada penawarnya, selagi kita berusaha akan ketemui ubatnya. Bi Iznillah.
Melalui kaedah ini pesakit tidak perlu lagi bergantung untuk mengambil dan memakan ubat-ubatan setelah pulih daripada penyakit yang dideritainya
Melalui kaedah ini adalah membuang, mengeluar dan memisahkan segala yang mengganggu pesakit, apabila yang mengganggu dapat dikeluarkan maka pesakit TIADA lagi terasa kesakitan yang dialaminya. Sekiranya semua PUNCA (sihir) gangguan dapat dikeluarkan maka pesakit pulih dari dan bebas daripada gangguan tersebut.
Setiap pesakit PUNCA (sihir) berbeza dan banyak atau sedikit PUNCA juga berbeza diantara satu sama lain. Ada kalanya PUNCA ditempat yang sakit tersebut berlapis-lapis perlu dibuang hingga ke lapisan terakhir, maka PUNCA sakit telah TIADA, pesakit TIDAK lagi rasa sakit.
Kaedah ini telah menemukan beberapa pesakit dapat SEMBUH dengan pantas TANPA pembedahan dan makan ubat, hanya melalui beberapa kali rawatan, walau pun sebelum ini belum ada rawatan penyakit dapat ditemui SEMBUH dengan SERTA MERTA, setelah kaedah ini diketengahkan mereka berjaya keluar dari masalah yang di alami seperti :-
- Migrain, ghaut, pening kepala
- Sukar berjalan / duduk / berdiri
- Bergerak guna tongkat / dipimpin
- Sakit urat saraf / sendi tulang
- Badan rasa bisa2 / mencucuk2
- Tak boleh sembahyang berdiri
- Tak boleh bersila / mencangkung
- Kerap sakit pinggang / lutut
- Sakit-sakit seluruh tubuh
Kaedah rawatan yang terkini telah diuji kepada beberapa pesakit dari kalangan bukan islam dan telah membuahkan hasil yang sangat positif mereka alami rasa sakit seperti diatas hilang SERTA MERTA selepas rawatan dan mereka telah memberitahu dan membawa hadir saudara dan rakan-rakan mereka kerana telah pulih dan dapat bergerak bebas seperti sediakala TANPA makan ubat dan pil.
Tidak merasa hairan pada masa akan datang lebih ramai yang bukan islam mendekati rawatan seperti ini, kerana mereka lebih utamakan setiap penyakit yang dialami SEMBUH dengan pantas dan tidak perlu lagi makan ubat, kerana meraka dah jemu mahu makan ubat.
LUMPUH / ANGIN AHMAR
Kebanyakkan sakit lumpuh terjadi pada peringkat umur telah melebihi 40an, pada peringkat awal terjadi disebabkan oleh sakit belakang yang melibatkan kesakitan yang amat sangat di bahagian tulang belakang di aras punggung dan seluruh sendi-sendi terasa sakit dan mencucuk-cucuk. Dari segi spiritual jika dilihat semua PUNCA sakit tersebut disebabkan oleh gangguan yang telah berlaku terhadap organ dan anggota tubuh yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Seandainya pesakit yang mengidap penyakit seperti ini jika dibiarkan berpanjangan sehingga ada sebahagian daripada anggota tubuh menjadi kejang dan kaku serta tidak dapat berfungsi dengan baik
Walau pun masih ramai pada ketika ini hanya mampu membiarkan sahaja ahli keluarga dalam keadaan terbaring dan ada juga yang tidak dapat menguruskan dengan sebaiknya dan ada juga menjadi benci untuk menguruskan pesakit yang telah terlantar. Dengan adanya kaedah ini dapat mencari segala PUNCA dan berupaya membuang segala PUNCA yang ada pada pesakit seperti dapat harus dikeluarkan dari tubuh hingga ke akar umbinya, supaya pesakit dapat kembali menguruskan diri tanpa bantuan orang lain atau ahli keluarganya dalam masa yang sama dapat mengelakkan perkara yang buruk berlaku dalam keluarga. Melalui kaedah ini pesakit perlu membuat rawatan ulangan untuk membuang segala yang mencengkam tubuh mereka agar dapat berfungsi semula TANPA melakukan sebarang pembedahan.

Diharap lebih ramai pesakit lumpuh, angin ahmar boleh dirawat supaya ia dapat
kembali dipulihkan seperti sedia kala untuk menguruskan diri mereka
Untuk membantu pesakit yang telah terlantar akibat lumpuh dan hanya dibantu dan bergantung kepada ubat-ubatan dan sudah pasti ia tidak dapat untuk disembuhkan sepenuhnya. Sekiranya keluarga pesakit yang tidak menolak dan YAKIN dengan kaedah spiritual ini ianya dapat membantu pesakit dan keluarga keluar daripada masalah yang di tanggungnya selama ini. dengan keadah ini kami ingin membantu pesakit yang mengidapi penyakit ANGIN AHMAR atau LUMPUH supaya dapat kembali berdikari TANPA dibantu oleh orang lain untuk menguruskan diri mereka sendiri, kaedah ini berupaya mengembalikan pesakit kepada keadaan sediakala melalui bebarapa sesi rawatan yang dapat memulihkan kembali keadaan pesakit. Setiap pesakit tidak sama dengan keadaan pesakit yang lain dan ianya bergantung kepada berapa banyak yang dapat dikeluar daripada tubuh pesakit seandainya sedikit gangguan yang ada maka ianya lebih PANTAS untuk mendapatkan pemulihan. asalkan YAKIN dan memberi peluang kepada kami untuk berusaha bersama-sama keluarga pesakit untuk mencari kesembuhan bagi pesakit. Insya Allah, BI IZNILLAH
MENDENGAR BISIKAN SYAITAN
Dewasa ini terlalu ramai yang dapat melihat dan mendengar bisikan makhluk ghaib terutama kanak-kanak dari usia 2 tahun hingga 18 tahun. Adakalanya ibu bapa juga tidak sedar dan tidak mengetahuinya keadaan anak tersebut yang berupaya melihat makhluk-makhluk yang ghaib. Gangguan seperti ini adakalanya ia akan membisikkan kepada orang yang di cengkamannya untuk membuat perkara yang TIDAK baik dan pelbagai perkara boleh berlaku. Keupayaan mereka yang dicengkam oleh syaitan laknat ini kebiasaannya tidak berupaya melawan apa juga tekanan yang dilakukan oleh syaitan laknat ini kerana mereka telah dikawal dan kerap kali berada dibawah keadaan separa sedar sebab itu mereka tidak berupaya untuk melawan cengkaman tersebut,
Kerana tidak MAMPU hendak melawan tekanan tersebut ada diantara yang sering mendapat sakit di bahagian kepala dan ada juga sering bercakap dan bermain sendirian, kerana mereka berada dibawah pengaruh separa sedar yang dikawal oleh syaitan laknat. Sekiranya keadaan ini dibiarkan maka orang yang dikawal oleh mahkluk ini dalam jangka masa yang panjang ada diantaranya sehingga tidak dapat lagi mengenali dirinya sendiri dan ada juga takut untuk menyatakan keadaan apa yang telah berlaku atau yang telah ditempuhi oleh mereka dan membuatkan keadaan diri mereka tidak terurus. Mereka seperti ini harus dibantu dengan sepantas-pantasnya untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terhadap dirinya.
Melalui pengalaman untuk memisahkan gangguan seperti ini telah banyak dilakukan dan kerap kali dicabar oleh syaitan laknat dalam usaha untuk memutuskan hubungan dengan orang yang mendengar bisikan syaitan ini. Syaitan laknat dan jin ini sentiasa mencabar supaya mencarinya yang menghilang diri di alam ghaib (ghaib dalam ghaib) kerana tidak mahu atau tidak bersetuju untuk melepaskan orang yang dipegang dan dicengkam olehnya dan selalu menghadirkan bisikkan ditelinga dengan pelbagai hasutan.
Pesakit yang selalu mendengar bisikan syaitan dan jin ini amat bahaya sekali dalam masa yang panjang dan boleh mengakibatkan diri tak terurus dan terkawal, dan sentiasa hilang tumpuan, dalam jangka masa panjang syaitan dan jin ini akan membinasakan orang tersebut melalui pelbagai hasutan dan pengkhianatan. Akhirnya jika tidak ikut kehendak dan arahannya maka ia akan menyebabkan sakit kepala yang amat sangat hingga tak terkawal. Sekiranya terjadi perkara seperti ini harus mengambil tindakan pantas supaya mereka dipisahkan segera sebelum perkara buruk berlaku dan boleh memudharatkan orang tersebut hingga sukar dikawal.
Akibat daripada bisikan yang dilakukan oleh syaitan dan jin ini yang suka membisik, sekiranya orang tersebut tidak dapat mengawal perasaan ketika itu, jika ia terjadi pada peringkat kanak-kanak memang ianya tidak dapat mengawal keadaan dirinya, akhirnya orang tersebut akan mengalami pelbagai perkara buruk yang sukar diduga diantaranya seperti :-
- Sentiasa menghasut membunuh anggota keluarga terutama ibu / bapa / datuk / nenek
- Suka mengasingkan diri / tidak menghormati dan mendengar kata kedua ibu bapa
- Menyuruh terjun dari tempat tinggi atau tempat yang dalam (bangunan / pokok / telaga)
- Menghasut membenci / meninggalkan pasangan
- Berjalan sendirian tanpa haluan dan tujuan
- Menjadi bengis dan cepat marah / sering khayal (dunianya sendiri)
- Bertindak liar dan ganas / suka mengamuk
- Tidak boleh ditegur / suka memukul orang yang menegurnya
- Kepala menjadi sakit / tekanan perasaan teramat sangat
- Perasaan (melampau) sukar dikawal (menjadi gila)
- Bercakap bersendirian / membebel / merungut / tak siuman
- Terganggu dalam semua ibadah terutama ketika solat
Syaitan dan jin yang seperti ini memang akan terus mengamuk sekiranya tuan tubuh atau orang berkenaan hendak memisahkan mereka. Biasanya serangan-serangan akan berlaku terhadap orang yang cuba membantu untuk memisahkan mereka daripada tuannya dan akan bertindak lebih ganas supaya mereka tidak dipisahkan. Mereka juga berupaya untuk melakukan tipu daya dan membuat helah dengan mengadakan pelbagai rintangan dan jelmaan-jelmaan akan di wujudkan supaya dirinya sukar ditemui untuk dipisahkan
NIKAH BATIN (PASANGAN GHAIB)
Melalui pengalaman untuk memisahkan dan memutuskan pasangan-pasangan yang berkahwin secara ghaib (yang diketahui umum nikah batin) memang menyukarkan kerana pasangan yang ghaib ini biasanya akan membuat pelbagai ugutan yang mencemaskan dan mendebarkan terhadap pasangan mereka yang nyata (manusia) supaya ia tidak dipisahkan.
Kebiasaannya pasangan yang ghaib (yang dikatakan bunian) ini pada awalnya akan membantu dan memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk termasuk kewangan (duit) untuk menyakinkan pasangan mereka (manusia). Dalam jangka masa panjang segala pemberian yang telah dilakukan mereka akan menuntut kembali, jika tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, mereka akan menuntut nyawa menjadi taruhan dan ini amat membahayakan kepada pasangan tersebut untuk memutuskan hubungan yang hendak dilakukan.
Untuk memastikan setiap pasangan yang ghaib itu benar2 bunian atau sebaliknya ianya boleh diuji, melalui pasangan yang nyata boleh meletakkan sekeping "Assam Keping" atau "Garam Kasar" diatas dahi isterinya atau suaminya yang ghaib dan lihat apakah perubahan yang terjadi kepada pasangan yang ghaib tersebut.
Allah swt telah menetapkan setiap pasangan itu telah diadakan pasangan mereka ini jelas dalam (Q. S. Yasin ayat 36) kenapa manusia hendak bernikah dengan syaitan laknat sedang Allah swt telah jadikan manusia juga sebagai pasangan hidup untuk mereka.
Melalui detik-detik cemas dan mendebarkan akhirnya dengan kaedah ini juga berupaya memisahkan bagi pasangan-pasangan yang telah bernikah batin. Bagi yang masih terpedaya dengan tipu helah syaitan seperti ini baik lah disegerakan sebelum terlewat dan boleh memudaratkan diri sendiri.
PESAKIT HIV DAN AIDS
Untuk rawatan khusus bagi pesakit HIV dan AIDS yang telah disahkan oleh para doktor perubatan atau klinik atau hospital yang ingin mencuba kaedah ini diberikan khidmat secara percuma kepada meraka.
Kita hanya berusaha dan berikhtiar, walau pun rata-ratanya ramai berpendapat penyakit ini tiada PENAWAR, kita jangan mengalah terus berusaha untuk mencari penawarnya dengan izin Allah mengurniakan kesembuhan pada mereka, YAKIN harapan itu masih ada, tanpa berusaha dan mencuba kita tidak tahu hasilnya Bi Iznillah.
MEDICAL BOARD
Pekerja yang telah dirujuk kepada Medical Board atau telah diberi cuti sakit yang panjang untuk merawati penyakit yang dihidapinya, disamping berusaha dan berikhtiar untuk rawatan penyakit secara moden disamping itu boleh mencuba kaedah rawatan alternatif ini sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja atau besara awal bagi merawat penyakitnya.
Dengan berusaha tanpa berputus asa dan tidak mengenal jemu, jika di izinkan Allah swt, boleh berubah segalanya dan dapat meneruskan kerja hingga bersara wajib. Allah masih sayangkan hambanya maka diwujudkan satu kaedah baru yang dapat membantu semua golongan yang menghadapi pelbagai masalah penyakit dapat dibantu untuk pemulihan sebagai flatform yang terakhir sebelum berhenti berikhtiar mencari kesembuhan penyakit.
[Laman Utama] [Kurniaan dan Anugerah] [Rawatan Penyakit] [Punca Sakit] [Kenapa Sakit] [Kanser Payudara] [Merawat Lumpuh] [Migrain] [Pekak Cipta Sejarah] [Hadir Tanpa Pesakit] [Teknik Merawat Berbeza] [Teknik P{indah Penyakit] [Kesembuhan] [Khidmat Rawatan] [Kenali Gejala Sihir] [Hindari Sihir] [Buatan Orang Asli] [Motto Berjihad] [Ubat/Penawar] [Pintu Langit Terbuka] [Keselamatan Keluarga] [Bomoh Palsu] [Bahaya Saka]
